Jumaat, 2 September 2016 | 11:04am

Lebih 1,500 meriahkan kempen Keluarga Sihat dan Ceria

KANAK-KANAK menyertai aktiviti menyusun piramid pemakanan seimbang pada kempen Keluarga Sihat dan Ceria bersama Nestle Everyday di padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Stulang 1, Johor Bahru, hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
KANAK-KANAK menyertai aktiviti menyusun piramid pemakanan seimbang pada kempen Keluarga Sihat dan Ceria bersama Nestle Everyday di padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Stulang 1, Johor Bahru, hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

JOHOR BAHRU: Siri jelajah pertama kempen Keluarga Sihat dan Ceria bersama Nestle Everyday di padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Stulang 1, di sini, hari ini, menarik penyertaan lebih 1,500 pengunjung.

Pengurus Eksekutif Perniagaan Susu Nestle Malaysia, Ng Su Yen, berkata kempen julung kali diadakan di Johor itu bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan pengambilan susu sebagai diet berkhasiat dan seimbang kepada seluruh keluarga.

Katanya, kempen berkenaan antara inisiatif pihaknya dalam usaha memberi sokongan menerusi perkongsian maklumat dengan komuniti, sekali gus memupuk perkembangan keluarga sihat menerusi keperluan nutrisi harian yang disyorkan oleh Nestle Everyday.

"Susu Nestle Everyday yang diperkaya dengan Max Nutre sesuai untuk seisi keluarga, selain membawa anda lebih dekat bagi memenuhi keperluan pemakanan seharian tidak kira apa juga cabaran dihadapi.

"Ia adalah kombinasi pintar nutrien, termasuk protein, magnesium, kalsium, selain vitamin A, B1, B2 dan B12 bagi membina otot yang lebih kuat, penglihatan dan kepekaan yang tinggi, sekali gus membantu perkembangan kanak-kanak serta dewasa.

"Dua gelas sehari Nestle Everyday membekalkan 100 peratus keperluan pengambilan nutrien vitamin C, B1 dan B2, menjadikan ia cara yang bijak dan mudah bagi memenuhi keperluan nutrisi pemakanan seisi keluarga," katanya.

Su Yen berkata, program yang bermula pada jam 7.45 pagi itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, antaranya permainan, cabaran Max Nutre, ceramah nutrisi dan cabutan bertuah.

Katanya, penganjuran kempen yang bermula di PPR Intan Baiduri, Kepong, Selangor pada 17 April lalu, akan berterusan sehingga penghujung tahun ini dengan sasaran lebih 100 lokasi terpilih di seluruh negara.

Beliau berkata, siri jelajah di Johor merangkumi Rumah Pangsa Serantau Baru, Taman Dato Onn dan Pangsapuri Desa Muafakat, Taman Suria Muafakat, masing-masing pada 3 September ini; PPR Kempas Permai, Tampoi (16 September) dan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai (17 September).

Berita Harian X