Sabtu, 3 September 2016 | 1:08pm

Maut dilanggar dari belakang


SEORANG penunggang motosikal maut dipercayai dilanggar lari di Kilometer 5.8 Lebuh Raya Persekutuan awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut dipercayai dilanggar lari di Kilometer 5.8 Lebuh Raya Persekutuan di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, Muhammad Zaifulikram Zulkiflee, 21, yang menunggang motosikal jenis HONDA EX5 maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke Klang sebelum dipercayai dilanggar kenderaan pacuan empat roda dari belakang di lokasi kejadian, menyebabkannya tercampak ke atas jalan.

Jurucakap polis berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang tiba pada jam 3.40 pagi.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUKM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X