Sabtu, 10 September 2016 | 11:40am

SIA haramkan penggunaan Samsung Galaxy Note 7


SAMSUNG Galaxy Note 7. -Foto Munira Abdul Ghani

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) hari ini mengharamkan penggunaan telefon mudah alih Samsung Galaxy Note 7 dalam penerbangannya selepas beberapa unit telefon berkenaan dilaporkan meletup, kata syarikat penerbangan itu.

"Menghidupkan dan mengecas telefon mudah alih Samsung Galaxy Note 7 adalah dilarang dalam semua penerbangan kami," kata SIA dalam satu kenyataan.

Qantas Australia, Virgin Australia dan Etihad yang berpangkalan di Abu Dhabi juga mengumumkan pengharaman yang sama.

Sementara itu Amerika Syarikat dan pihak berkuasa penerbangan Jepun menggesa penumpang untuk tidak menghidupkan atau mengecas telefon berskrin besar itu di dalam pesawat.

Pengeluar telefon pintar, Korea Selatan minggu lalu menggantung jualan "phablet" dan menarik balik sejumlah 2.5 juta unit.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat juga memberitahu penumpang untuk tidak menyimpan peranti berkenaan di dalam bagasi yang didaftar masuk. - AFP

Berita Harian X