Ahad, 11 September 2016 | 6:59pm

Trafik perlahan di lebuh raya utama

Keadaan trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di KM257.9 menghala Utara berhampiran susur keluar Gopeng mula perlahan pada jam 2.15 petang tadi berikutan jumlah kenderaan yang bertambah berikutan cuti sempena perayaan Aidiladha. - Foto Supian Ahmad

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih perlahan setakat 5 petang ini berikutan ramai yang pulang bercuti sempena Aidiladha esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik dilapor perlahan di Plaza Tol Gombak menuju Pantai Timur berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

"Keadaan trafik setakat ini masih terkawal dan ia dijangka lancar pada sebelah malam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik ke utara dan selatan dilapor bergerak lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Harian X