Isnin, 12 September 2016 | 5:01pm

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar


KEADAAN lalulintas di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Tol susur keluar Seremban. - Foto Hazreen Mohamad

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul 4 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik arah utara bergerak lancar, namun bagi arah selatan, trafik agak perlahan dari Tangkak ke Bukit Gambir berikutan berlaku kemalangan di Km 157.8.

"Lorong kanan terhalang dan kenderaan yang terbabit dengan kemalangan sedang dialihkan," katanya kepada Bernama sambil menambah laluan menuju ibu negara juga lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur turut bergerak lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Harian X