Selasa, 13 September 2016 | 12:14pm

MAIK laksana ibadat korban


PETUGAS melapah daging korban pada Majlis korban Aidiladha MAIK 1447h/2016M. Sebanyak 42 ekor lembu dan seekor kerbau di korbankan pada tahun ini di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra - Foto Fathil Asri

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyempurnakan ibadat korban membabitkan 42 ekor lembu dan seekor kerbau pada Program Qurban Hari Raya Aidiladha di padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Azlan Abdul Hadi, berkata seekor lembu dan kerbau adalah sumbangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; tiga ekor lembu sumbangan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Fa-Iz Petra, manakala selebihnya sumbangan orang ramai.

"Semua haiwan itu kami beli dengan kerjasama Jabatan Veterinar bagi memastikan ia bebas daripada penyakit.

"Daging korban itu nanti akan dibahagikan kepada tiga bahagian, yang mana dua pertiga akan diagihkan kepada 1,000 fakir miskin di seluruh Kelantan," katanya ketika ditemui, di sini, sebentar tadi.

Tengku Mahkota Kelantan hadir kira-kira jam 8.30 pagi menyempurnakan ibadat korban terbabit.

Setiap penerima akan menerima dua kilogram daging dan acara pengagihan daging korban akan diadakan tengah hari ini.

Berita Harian X