Rabu, 14 September 2016 | 9:04am

Aliran trafik utara, selatan terkawal setakat ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik ke utara dan selatan bergerak lancar dan terkawal setakat jam 8 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik hanya bergerak perlahan dari Seberang Jaya ke Perai berikutan berlaku pertambahan jumlah kenderaan.

Beliau berkata, laluan dari arah Gurun menuju Pendang juga perlahan berikutan berlaku kemalangan di KM67.9.

"Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dan menyebabkan lorong kanan terhalang, namun trafik masih lagi terkawal.

"Berlaku juga kemalangan di KM125.7 dari Sungai Dua menuju ke Bertam, namun tiada penutupan lorong dan trafik terkawal," katanya.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di beberapa lebuh raya juga lancar, termasuk Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lalu lintas dengan menghubungi Plusline di 1800-88-0000 atau di Twitter PLUS di www.twitter.com/plustrafik.

Bagi mengetahui keadaan trafik di pantai timur, boleh hubungi LLM di talian 1800-88-7752 atau layari laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Harian X