Jumaat, 16 September 2016 | 3:14pm

TPM sedih pemergian Haron Din

STATUS akaun Twitter Ahmad Zahid Hamidi.
STATUS akaun Twitter Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa sedih atas pulangnya Datuk Dr Haron Din ke rahmatullah, pagi ini.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sedia membantu keluarga Allahyarham untuk membawa pulang jenazah.

Perkara itu dimaklumkan Ahmad Zahid menerusi akaun Twitter rasminya, hari ini.

"Saya sekeluarga turut dukacita atas kembalinya Datuk Dr Haron Din. Saya bercakap dengan isteri beliau. Perdana Menteri dan saya sudah urus jet bawa jenazah pulang.

"Merasai kesedihan pemergian Allahyarham Ustaz Haron Din ke rahmatullah. Semoga dicucuri rahmat dan tempatkan bersama hambanya yang soleh. Al-Fatihah," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X