Jumaat, 16 September 2016 | 7:52pm

Bukit Aman umum 17 pertukaran, kenaikan pangkat

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat membabitkan 17 pegawai kanannya berkuat kuasa 17 Oktober depan.

Bahagian Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) dalam satu kenyataan memaklumkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Manan Mhd Hassan akan ditukarkan sebagai Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP) daripada Deputi Komisioner Polis (DCP).

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Law Hong Soon @ Low Hong Soon pula dinaikkan pangkat ke pangkat CP namun masih kekal dengan jawatan sekarang.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk T Narenasagaran pula mengambil alih jawatan Abd Manan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan pangkat CP.

Jawatan Narenasagaran diambil alih oleh Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Jawatan Muhamad Zaki akan diganti oleh Ketua Penolong Pengarah (Perolehan) StaRT Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Thiew Hock Poh.

Selain itu, Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Syed Ahmad Syed Hassan dinaikkan pangkat dengan memangku pangkat DCP daripada SAC sebelum bersara wajib pada 6 Oktober depan.

Jawatannya bakal diambil alih Ketua Cawangan Penguatkuasaan (Bahagian Perisikan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, SAC Rosli Din.

Pertukaran lain membabitkan, Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) IPK Perak, Asisten Komisioner Polis (ACP) Fadzil Ahmat yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor dengan memangku pangkat SAC.

Tempat Fadzil akan diganti oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan W Puspanathan yang akan memangku pangkat ACP.

ACP Koordinasi/Operasi E8, Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Normah Ishak pula ditukarkan sebagai Penolong Pengarah E8, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC dan tempatnya akan diganti Superintendan E6B3 Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Zailani Jantan dengan memangku pangkat ACP.

Ketua Jabatan StaRT IPK Sabah, ACP Adnan Ahmad pula ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Perolehan) StaRT Bukit Aman.

Turut bertukar, Superintendan Latihan (Peperiksaan) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Md Khair Othman ditukarkan sebagai Ketua Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat ACP.

Pegawai Turus Risik/Gerakan 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Superintendan Mancha Anak Ata ditukarkan sebagai Timbalan Komander, Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan memangku pangkat ACP.

Pertukaran lain membabitkan Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundangan) IPK Negeri Sembilan, Superintendan Khoo Leng Huat yang ditukarkan sebagai Ketua Polis Daerah Miri dan Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Aset) StaRT Bukit Aman, Superintendan Ramli Sarani ditukarkan kepada Ketua StaRT IPK Sabah. Kedua-duanya akan memangku pangkat ACP.

Pertukaran terakhir membabitkan, Superintendan SLO Bangkok, Thailand, Superintendan Ramley Mohamad yang ditukarkan sebagai ACP SLO Bangkok, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Berita Harian X