Sabtu, 17 September 2016 | 4:24pm
Laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik

Kenderaan di lebuh raya utama meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah kenderaan di semua lebuh raya utama menghala ke ibu negara dilaporkan meningkat setakat 1 tengah hari ini, namun keadaan trafik masih terkawal.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad, ketika dihubungi, berkata trafik perlahan ke arah utara dari Bertam ke Sungai Petani Selatan berikutan kemalangan di KM112.2 Lebuhraya Utara-Selatan melibatkan empat kereta yang berada di lorong kecemasan.

"Pengguna disarankan menggunakan laluan alternatif di susur keluar Sungai Dua. Trafik juga perlahan di utara iaitu dari Permatang Pauh ke Perai kerana pertambahan kenderaan.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 masih lancar di kedua-dua arah.

"Trafik di LPT 1 dan 2 lancar namun terdapat penambahan kenderaan dari kedua-dua arah di Plaza Tol Gombak menyebabkan trafik bergerak perlahan," katanya sambil menambah jumlah kenderaan menuju ke ibu negara dijangka meningkat petang ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lalu lintas dengan menghubungi Plusline di 1800-88-0000 atau di Twitter PLUS di www.twitter.com/plustrafik.

Bagi mengetahui keadaan trafik di pantai timur, orang ramai boleh menghubungi LLM di talian 1800-88-7752 atau layari laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Harian X