Sabtu, 17 September 2016 | 4:46pm

500 hadir solat jenazah ghaib


Setiausaha Agong Pondok Pasir Tumboh, mengimamkan solat ghaib untuk Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din bersama 500 jemaah di Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Terusan Pasir Tumboh. - Foto Fathil Asri

KOTA BHARU: Seramai 500 jemaah menyertai solat jenazah ghaib Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang diadakan di Madrasah Diniah Bakriah Pondok Terusan Pasir Tumboh, di sini, selepas solat Zohor.

Solat ghaib jenazah diimamkan oleh Setiausaha Agung Pondok Pasir Tumboh, Ahmad Shairazi Atiqullah.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, yang turut menyertai solat berkenaan menyampaikan tazkirah pendek sebaik menunaikan solat.

Haron meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat semalam akibat masalah jantung dan jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore 8.57 pagi waktu Malaysia hari ini.

14 dibaca
Berita Harian X