Isnin, 24 November 2014 | 3:35pm

Kontraktor dipenjara 20 tahun, 20 sebatan bersalah rogol anak tiri

SEREMBAN: Seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi, selepas didapati bersalah merogol anak tirinya, tahun lalu.

Hakim Datuk Jagjit Singh menjatuhi hukuman itu terhadap Helmi Bassi, 28, di akhir kes pembelaan.

Beliau berkata, selepas meneliti kes, pihak pendakwaan didapati berjaya membuktikan kes tanpa ada keraguan munasabah, manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperkosa anak tirinya berusia 16 tahun di sebuah rumah di Taman Andalas, Mantin di sini, pada jam 8 pagi, 13 Mac tahun lalu.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa merogol anak tirinya itu di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, dekat sini pada jam 8 pagi, 6 Jun tahun sama.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun, serta minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Berita Harian X