Ahad, 18 September 2016 | 12:52am
BRUNO Travelja. - Sumber Facebook

Siasatan arkitek jatuh di bumbung ketika bekerja

NEW YORK: Pihak berkuasa sedang menyiasat kematian seorang arkitek yang jatuh dan menemui ajal ketika bekerja di atas bumbung sebuah bangunan mercu tanda di bandar raya ini.

Bruno Travelja, 52, dari Ridgewood, New Jersey, meninggal dunia tengah hari Khamis lalu selepas terjatuh dari bumbung bangunan 42 tingkat di Manhattan, kata polis semalam.

Travelja melepaskan tali keselamatan dan berlutut untuk mengambil beberapa ukuran apabila dia tiba-tiba dikatakan berasa pening dan terjatuh.

Akhbar The Daily News, yang menghubungi isterinya melaporkan, beliau adalah pemilik syarikat Crowne Architectural Systems di North Bergen, New Jersey.

Isterinya, Alexis Travalja berkata, beliau dan suaminya memulakan firma yang membina tingkap dan dinding di tingkat bawah rumah mereka 11 tahun lalu.

"Suami saya adalah seorang yang paling jujur, kuat bekerja dan individu paling dipercayai. Ia adalah kemalangan yang tragik," katanya.

Polis berkata, Travelja jatuh di tingkat dua antara Jalan 52nd dan 53rd serta mengalami trauma teruk pada tubuhnya.

Mangsa disahkan mati di tempat kejadian. - AP

Berita Harian X