Selasa, 20 September 2016 | 12:05am
JEANS menampilkan warna menarik.
FABRIK yang mampu memberikan imej klasik kepada si pemakainya.
LEBIH pilihan untuk penggemar fesyen.
JAKET untuk mereka yang mahu kelihatan ranggi.

Lebih pilihan untuk penggemar fesyen


DENIM antara gaya ikonik Guess.

MUSIM luruh ini, Guess menampilkan koleksi istimewa untuk wanita yang memberikan lebih banyak pilihan dan gaya fesyen terkini.

Dengan fabrik daripada buttery suede, renda, sherpa lembut hingga kulit, pelbagai pilihan gaun, termasuk paras buku lali, lengan panjang dan jumper mampu memberikan imej klasik kepada si pemakainya.

Bagi anda yang gemarkan denim, pelbagai pilihan seluar pendek, jaket, skirt pendek, jumpsut hingga jeans menampilkan warna menarik biru dan putih.

Kot luar pelbagai warna mampu menyerlahkan penampilan dipadankan dengan corak ikonik harimau bintang untuk bergaya dalam musim sejuk.


GUESS menampilkan koleksi istimewa untuk wanita yang memberikan lebih banyak pilihan dan gaya fesyen terkini.

Warna dominasi

Warna yang menjadi dominasi dalam koleksi ini adalah oxblood dan autumn red, selain biru kelasi, coklat, coklat, cognac dan madu.

Bagi lelaki, koleksi musim ini menyuntik imej tentera moden dengan pilihan kot luar paras lutut serta jaket untuk mereka yang mahu kelihatan ranggi.

Pelbagai pilihan warna dan corak termasuk monochrom mabel, merah jambu ros dan satin mampu menyerlahkan imej unik untuk lelaki.

Jaket denim dan jeans dalam warna silikon lembut hingga gelap adalah antara gaya ikonik Guess yang memberikan sentuhan tradisi dibawakan jenama ini dari musim ke musim.


KOLEKSI wanita, lelaki tampil dengan aneka gaya ikonik.

Info Guess:

  • Jenama ini bermula pada 1981 sebagai pengeluar jeans sehingga menjadi jenama terkemuka dunia.
  • Sehingga kini syarikat ini memiliki 840 kedai di seluruh Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.
  • Ia beroperasi di lebih 95 negara di seluruh dunia.
Berita Harian X