Khamis, 22 September 2016 | 3:12pm

KPT siasat ejen bantu pelajar teruskan pengajian ke Mesir

 DATUK Seri Idris Jusoh.
DATUK Seri Idris Jusoh.

SHAH ALAM: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang menyiasat 'ejen' yang dikatakan membantu sejumlah pelajar Malaysia meneruskan pengajian di Mesir sehingga menyebabkan sebahagian besar daripada mereka berdepan masalah kewangan.

Menteri, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata beliau difahamkan pelajar ditawarkan janji oleh 'ejen' berkenaan dan kementerian sedang menyiasat segala dakwaan berkaitan.

"Saya sedang menunggu keputusan daripada siasatan yang sedang dijalankan kementerian termasuk janji 'ejen' yang dikatakan mahu membantu pengajian mereka.

"Setakat ini, kita tidak tahu lagi siapa 'ejen' itu kerana siasatan sedang dijalankan. Kita mahu lihat fakta dahulu termasuk kesalahan yang dilakukannya sebelum tindakan diambil," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hab Media Kreatif dan Teknologi Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sebelum ini BH melaporkan, sejumlah pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di Mesir berhutang yuran berjumlah RM4.5 juta.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X