Sabtu, 24 September 2016 | 10:21am

Lebih 1,000 sertai Splash Run 2016

ANTARA 1,000 peserta yang dilepaskan pada program amal Splash Run 2016, sebentar tadi.
ANTARA 1,000 peserta yang dilepaskan pada program amal Splash Run 2016, sebentar tadi.

KUANTAN: Lebih 1,000 orang menyertai program amal Splash Run 2016 anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni  (JHEPA) Universiti Malaysia Pahang  (UMP), Gambang, dekat sini, sebentar tadi.    

Naib Canselor UMP, Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim,  berkata sebanyak RM10,000 berjaya dikumpul daripada penyertaan peserta termasuk badan korporat, komuniti tempatan dan pelajar.    

"Dana yang berjaya dikumpul untuk Tabung MyGift ini akan digunakan sepenuhnya untuk membantu pelajar kurang berkemampuan di universiti ini selain mempromosi gaya hidup sihat.    

"Penganjuran kali pertama ini mendapat sambutan menggalakkan kerana hasrat kita adalah mencari dana bagi mengumpul dana untuk Tabung MyGift," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.    

Yang turut hadir,  Timbalan Naib Canselor  (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.    

Peserta berlari sejauh enam kilometer bermula dari Kompleks Sukan UMP dan mengelilingi kampus universiti berkenaan.    

Tabung MyGift diperkenalkan tahun lalu sebagai medium pihak luar, alumni dan industri untuk sama-sama menyumbang kepada golongan kurang berkemampuan.

Berita Harian X