Ahad, 25 September 2016 | 12:16am
PENDUDUK, Razaki'n Abdul Rashid, 35, menunjukkan nisan berbentuk belimbing di sebuah kubur yang dianggarkan berusia ratusan tahun di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman

PENDUDUK, Razaki'n Abdul Rashid, 35, menunjukkan sebuah kubur menggunakan nisan berbentuk belimbing yang dianggarkan berusia ratusan tahun di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman

PENDUDUK, Razaki'n Abdul Rashid menunjukkan kawasan tanah perkuburan yang menempatkan lebih 100 buah kubur menggunakan batu laterit pelbagai bentuk sebagai nisan yang dianggarkan berusia ratusan tahun di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman

 PENDUDUK, Razaki'n Abdul Rashid membersihkan sebuah kubur yang dianggarkan berusia ratusan tahun di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman

ANTARA bentuk nisan daripada batu laterit yang dianggarkan berusia ratusan tahun di kawasan tanah perkuburan lama di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman

NISAN berbentuk belimbing daripada batu laterit yang dianggarkan berusia ratusan tahun di kawasan tanah perkuburan lama di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman

PENGURUS Besar Institut Seni Malaysia (ISMMA) cawangan negeri, Dr Mohd Nasruddin Rahman menunjukkan nisan berbentuk belimbing daripada batu laterit yang dianggarkan berusia ratusan tahun di kawasan tanah perkuburan lama di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman

PENGERUSI Persatuan Pelancongan Warisan negeri, Mohd Halim Noordin menunjukkan 'dupa'; lubang yang dibuat pada kepuk kubur untuk membakar kayu gaharu di kawasan tanah perkuburan lama yang dianggarkan berusia ratusan tahun di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman
PENGERUSI Persatuan Pelancongan Warisan negeri, Mohd Halim Noordin menunjukkan 'dupa'; lubang yang dibuat pada kepuk kubur untuk membakar kayu gaharu di kawasan tanah perkuburan lama yang dianggarkan berusia ratusan tahun di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman
ANTARA bentuk nisan daripada batu laterit yang dianggarkan berusia ratusan tahun di kawasan tanah perkuburan lama di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman
ANTARA bentuk nisan daripada batu laterit yang dianggarkan berusia ratusan tahun di kawasan tanah perkuburan lama di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman
PENGERUSI Persatuan Pelancongan Warisan negeri, Mohd Halim Noordin menunjukkan 'dupa'; lubang yang dibuat pada kepuk kubur untuk membakar kayu gaharu di kawasan tanah perkuburan lama yang dianggarkan berusia ratusan tahun di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman
PENGERUSI Persatuan Pelancongan Warisan negeri, Mohd Halim Noordin menunjukkan 'dupa'; lubang yang dibuat pada kepuk kubur untuk membakar kayu gaharu di kawasan tanah perkuburan lama yang dianggarkan berusia ratusan tahun di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman
PENDUDUK, Razaki'n Abdul Rashid, 35, menunjukkan nisan berbentuk belimbing di sebuah kubur yang dianggarkan berusia ratusan tahun di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman
PENDUDUK, Razaki'n Abdul Rashid, 35, menunjukkan nisan berbentuk belimbing di sebuah kubur yang dianggarkan berusia ratusan tahun di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman

Nisan laterit bukti penempatan purba Melaka

JASIN: Penemuan empat kubur lama dengan batu nisan berbentuk belimbing dekat Kampung Chohong di sini, mendorong sekumpulan ahli arkeologi dan sejarawan tempatan merungkai pentarikhan sebenar tamadun Melayu bertapak di Melaka.

Penemuan terbaharu itu bukan saja menjadi perhatian penduduk tempatan, malah pelbagai agensi kerajaan negeri dan Pusat, berminat melakukan kajian secara holistik terhadap kawasan perkuburan seluas kira-kira 0.8 hektar itu.

KUBUR menggunakan batu laterit berbentuk belimbing sebagai nisan yang dianggarkan berusia ratusan tahun ditemui di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman

Ahli Arkeologi, Dr Mohd Nasruddin Rahman, berkata berdasarkan kajian bersama rakan seperjuangan dari Indonesia dan Perancis, pihaknya mendapati batu nisan belimbing yang ditemui di Melaka adalah satu-satunya seumpama itu di nusantara ini.

Beliau berkata, batu nisan berbentuk belimbing atau bunga lawang itu yang ditemui pada awal bulan lalu, diperbuat daripada batu merah atau laterit, yang disifatkan sukar untuk diukir dan mengambil tempoh yang cukup panjang.

"Kewujudan batu nisan belimbing ini membuktikan tamadun Melayu mula berkembang menerusi penempatan yang ada di sini.

"Jika dilihat pada ukiran batu nisan ini, menunjukkan penempatan di sini mempunyai nilai lebih tinggi dari segi teknologi kerana ukiran yang dibuat pada jarak ukuran yang agak sama," katanya ketika ditemui di lokasi tanah perkuburan itu.

PENGURUS Besar Institut Seni Malaysia (ISMMA) cawangan negeri, Dr Mohd Nasruddin Rahman menunjukkan nisan berbentuk belimbing daripada batu laterit yang dianggarkan berusia ratusan tahun di kawasan tanah perkuburan lama di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman
PENGURUS Besar Institut Seni Malaysia (ISMMA) cawangan negeri, Dr Mohd Nasruddin Rahman menunjukkan nisan berbentuk belimbing daripada batu laterit yang dianggarkan berusia ratusan tahun di kawasan tanah perkuburan lama di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman

Tinjauan mendapati, ada lebih 100 kubur lama dipercayai berusia ratusan tahun dengan pelbagai rupa bentuk batu nisan seperti puting susu dan tangan menadah doa serta kelihatan dibina menghadap arah kiblat.

Mohd Nasruddin yang juga Pengurus Besar Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), berkata pihaknya kini mula mengkaji secara mendalam bagi mendapatkan pentarikhan sebenar sesebuah tamadun yang wujud di seluruh kawasan itu.

"Penemuan batu nisan belimbing itu juga sebagai kajian sumber arkeologi bagi membantu menyokong pentarikhan baharu pengasasan Melaka yang berdasarkan manuskrip lama adalah pada tahun 1262 Masihi.

"Jika pentarikhan itu tidak kuat, ia hanya sebuah manuskrip yang boleh ditulis semula. Kita juga belum jumpa sumber arkeologi yang menyokong pentarikhan ini, jadi inilah kajian yang sedang kita usahakan,"katanya.

KUBUR yang dianggarkan berusia ratusan tahun ini dikatakan milik seorang yang berpengaruh atau berketurunan kerabat berdasarkan struktur binaan kepuk yang lebih tinggi daripada kubur-kubur lain di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman

Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Dr Zainah Ibrahim, berkata pihaknya perlu menjalankan kajian secara komprehensif bagi mengenal pasti binaan batu nisan belimbing itu mempunyai kaitan dengan kerajaan purba Melayu Melaka atau Lang Buana, berikutan belum pernah dijumpai di Semenanjung.

"Penelitian awal mendapati, empat kubur ini mempunyai bentuk ukiran batu nisan berbeza, ada yang pecahan lapan dan tujuh, dibina bersekali dengan kepok (binaan penahan pusara).

"Kita juga dapati tiada sebarang catatan pada batu nisan, jadi terlalu awal untuk mengaitkannya dengan kerajaan Lang Buana.

"Bagaimanapun ia dipercayai kubur orang beragama Islam dan ukiran halus buatan tangannya seperti dikhususkan untuk orang kenamaan atau tanda hormat kepada darjah kepemimpinan pemilik," katanya yang merancang memasang pagar di sekeliling kawasan itu bagi mengelak diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

ANTARA bentuk nisan daripada batu laterit yang dianggarkan berusia ratusan tahun di kawasan tanah perkuburan lama di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman
ANTARA bentuk nisan daripada batu laterit yang dianggarkan berusia ratusan tahun di kawasan tanah perkuburan lama di Kampung Chohong. - Foto Khairunisah Lokman

Sementara itu, Razaki'n Abdul Rashid, 35, antara individu yang diamanahkan untuk menjaga kawasan perkuburan terbabit, mendakwa mendapat mimpi pelik selepas diarahkan membersihkan kawasan terbabit sejak bulan lalu.

Katanya, kawasan itu sebelum ini hanyalah hutan belukar dan penduduk kampung bersama wakil rakyat pernah membersihkannya tanpa mengetahui wujud perkuburan lama berusia ratusan tahun di situ.

"Saya pernah bermimpi pada malam Jumaat, seorang lelaki muda berpakaian baju kuning, ada keris cantik menunggu bersama gajah.

"Dalam mimpi itu, saya diminta menggunakan membaluti dua batu nisan di situ dengan kain kuning supaya tiada lagi gangguan sebab ramai yang jatuh sakit selepas bergotong-royong di kawasan ini," katanya yang mendakwa tiada lagi gangguan itu.

INFO:

Laterit - tanah liat merah yang terbentuk daripada pereputan batu dan terdiri daripada besi oksida dan aluminium hidroksida.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X