Rabu, 28 September 2016 | 12:10pm
PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun. - Foto Malai Rosmah Tuah
PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun. - Foto Malai Rosmah Tuah

Juragan kapal diculik di perairan Pulau Gaya

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, mengesahkan seorang juragan kapal pukat tunda diculik jam 9.30 malam tadi di perairan Pulau Gaya, Semporna.

Beliau turut mengesahkan sekumpulan nelayan dirompak di perairan Tungku, Lahad Datu jam 10 malam tadi, dipercayai dilakukan kumpulan penjenayah sama yang menculik mangsa di Semporna.

Berita Harian X