Khamis, 29 September 2016 | 8:57am
PENDUDUK berjalan di tepi laluan yang rosak akibat banjir di daerah Longshan, wilayah Hunan, pada Jun lalu. - Foto fail AFP

27 orang dikhuatiri hilang akibat tanah runtuh China

BEIJING: Sekurang-kurangnya 27 orang dikhuatiri masih hilang selepas satu kejadian tanah runtuh di sebuah perkampungan di timur China menimbus berpuluh kediaman yang mungkin membabitkan angka korban yang tinggi, kata media rasmi.

Kejadian sekitar jam 5 petang (waktu tempatan) itu berlaku di kampung Sucun di daerah Suichang dalam wilayah Zhejiang, kata agensi berita rasmi Xinhua.

Seramai 27 orang dikhuatiri hilang dan 400 petugas penyelamat berada di tempat kejadian sejak malam semalam, menurut sumber berita tempatan Zhejiang Zaixian.

Kawasan pantai timur China dilanda hujan lebat dan angin kuat akibat kesan Taufan Megi yang melanda semalam.

Sekurang-kurangnya seorang terkorban di China manakala empat terbunuh dan sejumlah harta benda musnah di Taiwan. - Agensi

Berita Harian X