Ahad, 2 Oktober 2016 | 4:52pm

6 kanak-kanak di Pulau Pinang dijangkiti Rotavirus


Rotavirus.

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengesahkan enam kanak-kanak dijangkiti Rotavirus di negeri ini, setakat hari ini.

Pengarahnya, Datuk Dr M Sukumar, berkata semua kanak-kanak berusia satu hingga lapan tahun itu masih dirawat di hospital akibat muntah dan cirit birit susulan dijangkiti virus berkenaan.

Beliau berkata, tiga mangsa menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam; Hospital Balik Pulau (dua) manakala seorang lagi dirawat di sebuah hospital swasta.

"Keenam-enam kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil dan memerlukan rawatan rapi bagi memastikan virus berkenaan tidak menular," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa pertama dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu, diikuti seorang lagi kanak-kanak pada 28 September manakala empat lagi ditahan pada 29 dan 30 September lalu.

Berita Harian X