Jumaat, 7 Oktober 2016 | 11:49am

Idris lancar tabung pelajar Mesir

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh melancarkan Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia untuk membantu pelajar Malaysia di Mesir yang mengalami masalah kewangan. - Foto NSTP
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh melancarkan Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia untuk membantu pelajar Malaysia di Mesir yang mengalami masalah kewangan. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh sebentar tadi melancarkan Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia untuk membantu pelajar Malaysia di Mesir yang mengalami masalah kewangan.

Tabung inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) ditubuhkan berikutan pendedahan akhbar ini, seramai 150 pelajar Malaysia di Mesir gagal membayar yuran pengajian antara satu hingga dua tahun yang berjumlah keseluruhan kira-kira RM4.5 juta.

Ia didedahkan BH pada 15 September lalu dan susulan itu, delegasi kementerian berkenaan dihantar ke sana bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X