Jumaat, 7 Oktober 2016 | 2:37pm

Tabung pelajar Mesir: Lebih RM3 juta dikumpul

MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh pada pelancaran Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia hari ini.
MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh pada pelancaran Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia hari ini.

KUALA LUMPUR: Setakat ini, lebih RM3.5 juta dikumpul hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan, syarikat korporat, universiti awam (UA) dan individu menerusi Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia.

Dana itu akan digunakan untuk membantu pelajar Malaysia di Mesir yang mengalami masalah kewangan.

Pengumuman mengenainya dibuat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, di sini hari ini.

Tabung inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ditubuhkan berikutan pendedahan akhbar ini, seramai 150 pelajar Malaysia di Mesir gagal membayar yuran pengajian antara satu hingga dua tahun yang berjumlah keseluruhan kira-kira RM4.5 juta.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X