Jumaat, 7 Oktober 2016 | 10:52pm

F1: Rosberg terpantas sesi latihan GP Jepun

Ketua Kumpulan Nobat Diraja Terengganu Tengku Ibrahim Tengku Ismail, 68, (kiri) meniup nafiri yang diperbuat pada tahun 1920 (1338H) ketika kumpulan tersebut mengalunkan lagu pada sesi latihan di Istana Syarqiyyah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini. - Foto BERNAMA

SUZUKA: Pendahulu kejuaraan, Nico Rosberg mengakhiri hari pertama sesi latihan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Jepun di kedudukan yang baik selepas mengungguli kedua-dua sesi, di Litar Suzuka, hari ini

Pelumba kelahiran Jerman itu mencatat masa terpantas 1 minit 32.250 saat (s) pada sesi kedua selepas turut melakukan masa terpantas pada sesi sebelah pagi.

Rakan sepasukannya di Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton menduduki masa kedua terpantas pada kedua-dua sesi selepas ketinggalan 0.214s pada sesi pagi dan hanya 0.072s pada sesi kedua.

"Ia bermula dengan begitu banyak masalah dan kami perlu bekerja keras dengan pelarasan dalam usaha untuk mendapatkan kestabilan kepada jentera," kata Rosberg.

Rosberg meningkatkan jurang dengan Hamilton kepada 23 mata dalam kedudukan pemandu selepas penyandang juara dunia itu terpaksa menarik diri daripada perlumbaan di GP Malaysia, minggu lalu selepas jenteranya terbakar.

Hamilton menuju ke Jepun dalam keadaan terdesak untuk mengekalkan peluangnya meraih kejuaraan dunia ketiga berturut-turut menerusi kemenangan ketiga di Suzuka.

Pasukan Mercedes AMG PETRONAS juga boleh dinobatkan juara dunia kategori pengeluar lebih awal, Ahad ini.

"Ia hari yang amat baik tanpa sebarang masalah dengan jentera dan ia sesuatu yang hebat," kata Hamilton.

"Kami berjaya melakukan banyak pusingan namun masih ada kerja yang perlu dilakukan untuk mencari kelajuan."

Pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen ketiga terpantas. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X