Sabtu, 8 Oktober 2016 | 8:54pm

Kanak-kanak hilang ditemui

TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui bersendirian di sebuah pasar raya di Kamunting, di sini pagi diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan penemuan kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata kanak-kanak berkenaan kemudian dihantar ke Balai Polis Kamunting.

"Berita penemuan seorang kanak-kanak lelaki pagi ini yang dibawa ke Balai Polis Kemunting adalah benar.

"Kanak-kanak itu hilang dari kawalan keluarganya semasa membeli belah di Pasar Raya Econsave, Kamunting," katanya.

Harrith Kam berkata, pihak polis sudah menyerahkan kanak-kanak itu kepada ahli keluarga yang sah dengan selamat.

Berita Harian X