Ahad, 9 Oktober 2016 | 12:12pm

Raikkonen kena penalti lima petak

Nelayan Vietnam didenda RM2.58 juta kerana menangkap ikan menggunakan pukat tunda. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

SUZUKA: Pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen akan memulakan Grand Prix Jepun dari petak kelapan selepas dikenakan penalti lima petak gara-gara menukar kotak gear lebih awal daripada jadual asal.

Jaguh Finland itu menyambar petak ketiga sewaktu sesi kelayakan semalam yang di dominasi pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton.

Namun, sebaliknya yang terjadi apabila juara edisi 2007 itu bakal memulakan perlumbaan sebaris dengan pemandu Haas, Romain Grosjean di barisan keempat.

Peraturan Formula Satu (F1) memerlukan pelumba menggunakan satu kotak gear untuk enam perlumbaan berturut-turut sebelum boleh menukarnya.

Penalti Raikkonen membolehkan pelumba Red Bull, Max Verstappen dan Daniel Ricciardo merampas petak barisan kedua, meningkatkan peluang mereka untuk mencabar kemenangan selepas meraih penamat satu-dua di Malaysia.

Rakan sepasukan Raikkonen, Sebastian Vettel yang bermula daripada petak ketujuh selepas mengutip penalti di atas kesilapannya merempuh Rosberg pada perlumbaan di Sepang minggu lalu, naik ke petak keenam.

Grand Prix Jepun akan berlangsung tepat jam 1 tengah hari ini. - Reuters

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X