Ahad, 16 Oktober 2016 | 8:40am

Tabung bantu pelajar Malaysia di Mesir dibuka

KUALA LUMPUR: Tabung Pendidikan Pelajar untuk membantu pelajar Malaysia di Mesir yang mengalami masalah kewangan dibuka sekarang sehingga 24 Oktober ini.

Tabung inisiatif Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu diwujudkan khusus untuk pelajar jurusan perubatan, pergigian dan farmasi yang menghadapi masalah pembiayaan yuran pengajian.

GPMS dalam satu kenyataan berkata, syarat dan borang permohonan boleh diperoleh menerusi laman sesawang https://gpms.org.my/download/ttpm.

Keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Ahmad Azri di talian 012-9138242 atau emel [email protected].

Tabung berkenaan dilancarkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, pada 7 Oktober lalu dan mengutip RM4 juta pada hari sama.

Ia susulan pendedahan BH mengenai keadaan 150 pelajar Malaysia di Mesir yang gagal membayar yuran pengajian antara satu hingga dua tahun yang berjumlah kira-kira RM4.5 juta.

Pendedahan 15 September lalu membawa kepada tindakan pihak kementerian yang menghantar delegasi bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X