Isnin, 17 Oktober 2016 | 8:24am
DUA terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kereta antara Slim River-Tanjung Malim, berdekatan jambatan Sungai Slim, Kampung Balun arah selatan.

2 maut nahas 3 kereta

SLIM RIVER: Dua terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kereta antara Slim River-Tanjung Malim, berdekatan jambatan Sungai Slim, Kampung Balun arah selatan di sini, padi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, ada mangsa yang cedera dan dihantar ke Hospital Slim River.

Kemalangan turut menyebabkan Jalan Persekutuan Slim River-Tanjung Malim mengalami kesesakan kira-kira tiga kilometer selama hampir sejam.

Berita Harian X