Rabu, 19 Oktober 2016 | 12:33pm

72 pelajar keracunan makanan


SEKOLAH Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS).

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang sedang menyiasat punca 72 pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS), mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM), malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pihak pengurusan sekolah menghantar pelajar terbabit ke HBM bagi mendapatkan rawatan selepas mereka mengadu sakit perut dan muntah sebaik sarapan di dewan asrama.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr M Sukumar, berkata seramai 70 pelajar mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar, manakala dua lagi terpaksa dimasukkan ke wad akibat demam, namun keadaan mereka dilaporkan stabil.

"Kita akan menjalankan siasatan berhubung kejadian ini dengan segera bagi mengenal pasti puncanya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.

Difahamkan, pelajar berkenaan mendakwa mula sakit perut dan berasa loya selepas menikmati sarapan sebelum keadaan menjadi lebih serius, pada lewat petang.

Berita Harian X