Khamis, 20 Oktober 2016 | 3:50pm

Lebih 7.6 juta sertai program Hari Sukan Negara

IDRIS Khan bangkit dengan semangat baru . - Foto Munira Abdul Ghani
IDRIS Khan bangkit dengan semangat baru . - Foto Munira Abdul Ghani

PUTRAJAYA: Hari Sukan Negara (HSN) yang berlangsung pada 8 Oktober lalu menarik jumlah penyertaan seramai 7,658,899 orang dengan membabitkan diri dalam 26,323 program.

Penganjuran kali kedua itu secara tidak langsung melepasi Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) asal yang ditetapkan iaitu 6 juta penyertaan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kemeriahan kali ini turut disambut rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Katanya, hampir semua kedutaan Malaysia membabitkan 103 dari 104 kedutaan melaksanakan pelbagai aktiviti sukan pada tarikh yang sama.

Namun, hanya kedutaan Hong Kong saja yang terpaksa menunda aktiviti sukan yang dirancang kerana masalah ribut.

"Antara program besar yang dianjurkan dengan jayanya sempena HSN pada tahun ini adalah larian HSN21KM yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

"Program ini sudah berjaya menarik jumlah penyertaan sebanyak 6,217 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur," kata Khairy dalam ucapannya sempena majlis penyampaian hadiah #HSNCHALLENGEYOURSELF dan cabutan bertuah HSN21KM, sebentar tadi.

Peserta cabutan bertuah, Lee Keng Seng dari Cheras membawa pulang sebuah kereta Proton Persona. Hari Sukan Negara edisi ketiga dijadual berlangsung pada 14 Oktober tahun depan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X