Selasa, 25 Oktober 2016 | 8:52am

HAZMAT kawal kebocoran bahan kimia di PLUS

ANGGOTA HAZMAT menjalankan kerja-kerja mengawal kemerebakan bahan berkenaan.
ANGGOTA HAZMAT menjalankan kerja-kerja mengawal kemerebakan bahan berkenaan.

TAPAH: Sebuah lori tangki membawa muatan asid hidroklorik terbabas menyebabkan kebocoran bahan kimia itu di Kilometer 324, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Yahya Madis, berkata lori tangki membawa 25,000 liter asid berkenaan dipercayai terbabas sendiri di tepi lebuh raya sebelum tangkinya mengalami kebocoran.

Beliau berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 11.31 malam, menggerakkan anggotanya termasuk pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh ke tempat kejadian.

Katanya, anggota dari BBP Tapah, Gopeng dan Simpang Pulai turut dikejarkan ke lokasi sama.

"Kebocoran itu menyebabkan pengeluaran wap gas yang banyak dan kerja mengawal bahan berkenaan daripada merebak dilakukan.

"Anggota HAZMAT kemudiannya berjaya menutup injap di bahagian atas tangki berkenaan, manakala debu soda digunakan untuk meneutralkan bahan berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Yahya berkata, anggota berjaya mengawal gas berkenaan daripada merebak pada jam 1.55 pagi tadi dan pihak syarikat lori berkenaan juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X