Selasa, 25 Oktober 2016 | 11:14pm

AS lulus visa bantu budak perempuan dapat rawatan


SHAHID Ullah yang menderita gangguan genetik dikenali sebagai Sindrom Morquio.

ISLAMABAD: Kedutaan Amerika Syarikat (AS), di sini meluluskan permohonan visa segera buat seorang kanak-kanak perempuan Pakistan, berusia enam tahun, bagi menjalani pembedahan di negara itu.

Bapa Maria, Shahid Ullah, berkata mereka sekeluarga gembira dengan berita itu dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu.

Ullah, seorang pemilik kedai permaidani miskin di Rawalpindi berhampiran bandar ini, berkempen selama hampir empat tahun memohon rawatan untuk anaknya, yang menderita gangguan genetik dikenali sebagai Sindrom Morquio, yang mana tulang vertebra menekan saraf tunjang.

Kedutaan AS berkata hari ini, visa rawatan Maria dan ibu bapanya telah diluluskan.

Ullah berkata, beliau dan isteri akan menemani anak perempuannya itu mendapatkan rawatan di hospital kanak-kanak Wilmington, Delaware, yang bersetuju melakukan prosedur secara percuma. - AP

Berita Harian X