Jumaat, 28 Oktober 2016 | 12:03am
1,753 laman sesawang dikesan curi data

1,573 laman sesawang dikesan curi data

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 1,573 laman sesawang yang digunakan untuk kegiatan 'phishing' iaitu jenayah menipu dan mencuri data sensitif sejak tahun lalu.

Jumlah itu membabitkan 1,130 laman sesawang disekat pada tahun 2015 dan 443 laman sesawang sejak awal tahun hingga September lalu yang dikesan mencuri kata laluan, nama pengguna dan butiran kad kredit atau debit.

Antara kegiatan itu ialah penjenayah siber terbabit menyamar sebagai wakil bank yang seperti sistem perkhidmatan bank dalam talian untuk memancing maklumat pengguna.

Ia 'memancing' dengan menghantar emel spam kepada mangsa sebagai platform untuk mereka memasukkan butiran peribadi pada laman sesawang sebelum pemindahan wang dari akaun mangsa dilakukan.

Sumber SKMM berkata: "Penjenayah phishing biasanya beroperasi dari lokasi negara berbeza untuk mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa, bagaimanapun ada juga suspek yang beroperasi dari dalam negara dikesan."


SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

PENJENAYAH phishing biasanya beroperasi dari lokasi negara berbeza untuk mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa. - Foto hiasan

Modus operandi phishing sama seperti Ransomware, pengugut siber yang menghantar emel sebagai umpan sebelum mangsa dihubungkan ke laman sesawang yang sudah dijangkiti virus atau diserang Botnet.

"Tanpa disedari pemilik, komputer mereka sudah dijangkiti Botnet dan digunakan penjenayah untuk melakukan serangan berkenaan," katanya ketika dihubungi BH.

BH sebelum ini melaporkan kes ancaman ugutan siber Ransomware meningkat sehingga 134 kes sejak tahun lalu berbanding lapan kes tahun sebelumnya iaitu membabitkan wang tebusan sehingga puluhan ribu bagi setiap kes.

Jumlah itu adalah sebahagian kecil insiden yang dilaporkan ke MyCert 999, talian kecemasan insiden siber berbanding jumlah sebenar yang berlaku kerana kesedaran masyarakat masih kurang terhadap cara untuk mendapatkan bantuan jika berlakunya serangan.


KERATAN berita berkenaan 'Rafizi dihukum penjara 18 bulan' dalam BH Online hari ini.

    Info keselamatan komputer
  • Sentiasa kemas kini sistem operasi komputer dan perisian keselamatan siber seperti antivirus

  • Menggunakan sistem sokongan secara efektif

  • Menggunakan sistem atau perisian pengesanan seperti Sistem Pengesanan Pencerobohan (IDS) dan Sistem Perlindungan Pencerobohan (IPS).

 

KES ancaman ugutan siber Ransomware meningkat sehingga 134 kes sejak tahun lalu berbanding lapan kes tahun sebelumnya. - Foto hiasan
Berita Harian X