Jumaat, 28 Oktober 2016 | 10:01pm
Toyota Classics 2016 akan menampilkan Orkestra Baltic Neopolis dari Poland serta dua pemuzik solo; Pamela Tan Nicholson (piano) dan Vasko Vassilev selaku konduktor dan pemain violin.
Toyota Classics 2016 akan menampilkan Orkestra Baltic Neopolis dari Poland serta dua pemuzik solo; Pamela Tan Nicholson (piano) dan Vasko Vassilev selaku konduktor dan pemain violin.

Orkestra Baltic Neopolis gegarkan Toyota Classics 2016

Toyota Classics 2016 akan menampilkan Orkestra Baltic Neopolis dari Poland serta dua pemuzik solo; Pamela Tan Nicholson (piano) dan Vasko Vassilev selaku konduktor dan pemain violin.
Toyota Classics 2016 akan menampilkan Orkestra Baltic Neopolis dari Poland serta dua pemuzik solo; Pamela Tan Nicholson (piano) dan Vasko Vassilev selaku konduktor dan pemain violin.

KUALA LUMPUR: Konsert tahunan Toyota Klasik yang dibawakan oleh UMW Toyota Motor dan Toyota Motor Asia Pacific sekali lagi bakal berkumandang di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC pada 2 November ini.

Siri konsert klasikal ini sudah menemui peminatnya sejak 1990.

Bakal membuat persembahan bagi tahun ini ialah Orkestra Baltic Neopolis dari Poland. Terkenal baik di negara asalnya dan juga di peringkat antarabangsa, persembahan di Malaysia akan disertai oleh dua pemuzik solo; Pamela Tan Nicholson bagi piano dan Vasko Vassilev yang akan bertindak selaku konduktor dan pemain violin.

Satu lagi keistimewaan dalam persembahan kali ini ialah nyanyian lagu choir oleh bakat-bakat muda yang akan diberi peluang untuk membuat persembahan bersama orkestra berkenaan. Mereka yang dimaksudkan ialah Rendezvous, dari Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Siri konsert Toyota Klasik menjadi antara acara utama daripada 200 aktiviti bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Toyota di Asia.

Persembahan yang ditampilkan tidak hanya memukau penonton, tetapi turut bertindak sebagai satu kaedah mengumpul dana bagi organisasi kebajikan tempatan.

Dengan slogan "Music that Moves Lives", Toyota Klasik berhasrat untuk menyentuh kehidupan mereka yang hadir di dewan mahupun yang berada di luar. Selain Malaysia, konsert ini turut akan diadakan di Brunei, Thailand, Philippines, Indonesia, Laos, Singapore, Cambodia dan Vietnam.

"Di rantau ini, siri konsert Toyota Klasik telah berjaya mengumpul sejumlah AS$8.6 juta melalui persembahannya di pelbagai negara. Di Malaysia, jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpul hampir RM8 juta, terima kasih kepada individu persendirian mahupun dari sektor korporat. Semua dana yang terkumpul digunakan untuk membantu organisasi dan NGO kebajikan," jelas Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki pula berkata; "Tumpuan kami bagi Toyota Klasik tahun ini adalah terhadap pembabitan belia, kerana kami percaya golongan muda-mudi ini adalah pemimpin pada masa hadapan yang belum menerima cukup sokongan daripada program CSR kami.

"Untuk itu, kami ingin memangkin semangat dan menyalurkan dorongan kepada kumpulan berkenaan."

Beliau turut memaklumkan dua penerima sudah pun dikenal pasti; Fakulti Muzik UiTM dan Youth Trust Foundation.

"Berikutan kedua-duanya organisasi berkaitan belia, kami percaya sumbangan daripada Toyota Klasik ini akan memberikan peluang yang lebih baik kepada belia-belia ini untuk mengembangkan bakat mereka," tambah beliau.

Untuk memulakan usaha memberi sokongan kepada golongan muda, UMWT menyediakan platform antarabangsa bagi kumpulan dari Fakulti Muzik UiTM untuk membuat persembahan bersama Orkestra Baltic Neopolis dalam konsert ini.

Tiket boleh dibeli bermula 1 September dari Box Office di Dewan Filharmonik PETRONAS dan juga melalui talian 03-2051 7007. Harga tiket ialah dari RM106, RM159, RM212 dan RM265 (termasuk GST).

Berita Harian X