Selasa, 1 November 2016 | 1:14pm

2 cedera bas persiaran rempuh lori tangki


Keadaan bas persiaran yang merempuh lori tangki.

TAPAH: Seorang pemandu dan penumpang bas persiaran cedera selepas kenderaan itu merempuh belakang lori tangki di Kilometer 330, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, kira-kira 500 meter dari susur masuk Hentian Rehat & Rawat Tapah, dekat sini, jam 5.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada bas cuba memotong lori tangki membawa muatan simen tetapi gagal lalu merempuh belakang kenderaan berat itu.

"Kejadian menyebabkan pemandu bas dikenali Nur Azmi Mohd Nor, 50, cedera di kaki dan tulang rusuk manakala seorang penumpang, Wan Nor Amni Wan Din, 22, parah di kepala.

"Mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, seorang lagi pemandu bas berusia 45 tahun yang turut berada dalam kenderaan itu tidak cedera.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X