Ahad, 6 November 2016 | 4:09pm

Calon SPM maut digilis lori

BIDOR: Seorang pelajar lelaki yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula esok, maut digilis lori di Kilometer 68.2 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, berhampiran pekan ini di sini, malam tadi.

Dalam nahas jam 9.30 malam itu, G Pavitran, 17, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5, meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala.

Mangsa yang tinggal di Taman Maju Jaya di sini, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syeikh Abdul Ghani.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw, berkata siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa cuba memotong lori berkenaan sebelum bergesel yang menyebabkan mangsa terjatuh dan digilis.

"Mangsa yang parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa Hospital Tapah untuk bedah siasat," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

19 dibaca
Berita Harian X