Rabu, 9 November 2016 | 12:26am

6 militan al-Qaeda dibunuh di selatan Yaman

ADEN: Tentera pakatan Arab membunuh enam anggota militan al-Qaeda dan menahan empat yang lain ketika serbuan di selatan Yaman, hari ini, menurut pegawai keselamatan dan penduduk tempatan.

Pegawai keselamatan Yaman memberitahu Reuters, serbuan dilakukan di sebuah kampung di barat bandar Mukalla, dekat Laut Arab.

Tentera pakatan Arab ditubuhkan awal 2015 untuk menentang militan Houthi yang disokong Iran selepas ia menawan ibu negara Sanaa dan memaksa kerajaan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang diiktiraf masyarakat antarabangsa melarikan diri dan hidup dalam buangan.

Hampir keseluruhan anggota negara Arab kini menentang kumpulan militan di Yaman, termasuk al-Qaeda dan Daesh.

Ratusan militan al-Qaeda dikatakan memanfaatkan konflik yang berlarutan selama 20 bulan di Yaman itu dengan menakluk beberapa wilayah di kawasan luar bandar dan kawasan perkampungan di negara miskin itu. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X