Jumaat, 11 November 2016 | 9:40pm

Adam, Khairul perbaiki catatan masa

Pelumba Moto3 Malaysia, Adam Norrodin dari pasukan Drive M7 SIC Racing ketika sesi latihan bebas ketiga sempena perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Dua pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin dan Khairul Idham Pawi memperbaiki catatan masa sepusingan terpantas pada sesi latihan bebas kedua Grand Prix (GP) Valencia, sebentar tadi.

Pelumba Drive M7 SIC, Adam mencatat 1 minit 40.672 saat bagi memperbaiki catatan 1'41.580s yang dilakukan pada sesi pagi untuk berada di kedudukan ke-29 latihan bebas hari ini.

Juara di GP Argentina dan Jerman, Khairul Idham pula mencatat 1'41.355s pada sesi kedua, memperbaiki catatan 1'42.252s dilakukannya pada sesi pagi.

Enea Bastianini dari pasukan Gresini Racing Moto3 mengungguli hari pertama dengan mencatat 1'39.556s pada sesi kedua manakala Juanfran Guavera kedua, 1'39.655s.

Ketiga terpantas ialah Joan Mir dari pasukan Leopard Racing, mencatat 1'39.734s manakala Brad Binder (Red Bull KTM Ajo) keempat, 1'39.748s.

Keputusan sesi latihan bebas kedua Moto3:

1.Enea Bastianini (Gresini Racing Moto3) 1'39.556s

2.Juanfran Guevara (RBA Racing Team) 1'39.655s

3.Joan Mir (Leopard Racing) 1'39.734s

4.Brad Binder (Red Bull KTM Ajo) 1'39.748s

5.Philipp Oettl (Schedl GP Racing) 1'39.793s

6.Jorge Navarro (Estrella Galicia 0,0) 1'39.874s

7.Fabio Quartararo (Leopard Racing) 1'39.876s

8.Jorge Martin (Pull & Bear Aspar Mahindra Team) 1'39.881s

9.Jakub Kornfeil (Drive M7 SIC) 1'39.949s

10.Gabriel Rodrigo (RBA Racing Team) 1'39.983s

.... 29. Adam Norrodin (Drive M7 SIC) 1'40.672s

32.Khairul Idham Pawi (Honda Team Asia) 1'41.355s

Berita Harian X