Sabtu, 12 November 2016 | 11:53am

Pandelela antara penerima Ikon Belia Sarawak 2016

ATLET Terjun, Pandalela Rinong Pamg. - Foto Muhd Asyraf Sawal
ATLET Terjun, Pandalela Rinong Pamg. - Foto Muhd Asyraf Sawal

PETRA JAYA: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong dianugerahkan sebagai Ikon Belia Sukan Sarawak 2016 sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri, hari ini.

Pemilihan Pandelela itu hasil kejayaannya meraih pingat perak pada temasya Olimpik Rio, baru-baru ini.

Penganugerahan itu juga sebagai penghargaan kerajaan negeri berikutan kejayaan atlet itu yang konsisten menyumbang pingat untuk negara pada temasya Olimpik selepas kali pertama meraih pingat gangsa di London pada 2012.

Selain Pandelela, empat lagi tokoh belia diiktiraf iaitu Kelvin Wang Kwong Wei yang dianugerahkan Ikon Belia Kesukarelawan; Desmond Sagoh (Ikon Belia Kesenian); Jang Yee Khie (Ikon Belia Istimewa) dan Dr Fauzan Sahdi yang menerima Ikon Belia Kemahiran dan Inovasi.

Sementara itu, Yayasan Salam Negeri Sarawak dianugerahkan Persatuan Belia Sukarelawan; Kumpulan Kesenian Petra menerima Persatuan Belia Kesenian; Koperasi Belia Inovatif Sarawak (Persatuan Belia Usahawan) dan Persatuan Tenpin Bowling Sarawak (Persatuan Belia Sukan).

Anugerah disampaikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak, Datuk Seri Micheal Manyin yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Berita Harian X