Sabtu, 12 November 2016 | 7:08pm

TMJ tak minat jadi penaung FAM

PEMILIK JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PEMILIK JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KUALA LUMPUR: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat untuk menjadi penaung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malah Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu sekali lagi mengulangi turut tidak berminat untuk menyandang jawatan presiden persatuan berkenaan.

"Saya tidak berminat untuk menjadi Presiden FAM, dan saya juga tidak berminat untuk menjadi penaung FAM.

"Mentaliti orang-orang bola sepak dan penyokong di Malaysia serta pilihan mereka untuk kekal menafikan kenyataan adalah sebab kenapa saya tidak mahu berada dalam bulatan kegagalan ini," katanya.

Tunku Ismail menyatakan demikian menerusi entri terbaharu dalam akaun Facebook milik JDT, Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail sebelum ini dikaitkan mungkin sedia menjadi Penaung Diraja FAM seandainya kepimpinan badan induk bola sepak negara yang baharu ingin berbuat demikian.

Sebelum ini TMJ turut menjadi pilihan popular untuk menerajui FAM bagi menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berundur. Namun begitu baginda menolak cadangan berkenaan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X