Isnin, 14 November 2016 | 12:11pm

Guru bandingkan Trump dengan Hitler digantung tugas


GURU sejarah dan pendidikan khas Frank Navarro sedang mengajar di Mountain View High School, California. - Foto ihsan Change.org

CALIFORNIA: Seorang pakar Holocaust yang mengajar mata pelajar Sejarah digantung daripada tugasnya di sekolah tinggi kerana menunjukkan persamaan antara Presiden dilantik, Donald Trump, dan pemimpin Nazi, Adolf Hitler, ketika mengajar.

Frank Navarro, guru di Sekolah Tinggi Mountain View, diarahkan bercuti dengan gaji pada Khamis selepas ibu bapa mengadu mengenai kenyataan dibuat Navarro ketika mengajar dalam kelas.

"Ibu bapa ini berkata saya menegaskan Donald Trump adalah Hitler, tetapi saya tidak pernah berkata demikian. Itu adalah pemikiran sejarah bodoh," kata Navarro kepada San Francisco Chronicle.

Navarro yang sudah mengajar selama 40 tahun, memberitahu akhbar itu beliau digantung tugas oleh pengetua dan superintenden daerah berikutan aduan ibu bapa.

Navarro mempertahankan tindakannya apabila menggariskan persamaan dalam kempen sebelum pilihan raya Trump dan Hitler.

"Hitler berkata dia akan menjadi Jerman hebat sekali lagi, Trump berkata dia akan menjadi Amerika hebat sekali lagi.

"Hitler memberi tumpuan kepada Yahudi dan rakyat Poland sebagai orang asing dan mereka perlu dihalau keluar dari Jerman.

"Trump memberi tumpuan kepada umat Islam. Ia fakta dan berasaskan bukti. Ia mengingatkan pelajar bahawa sejarah itu benar," katanya.

Sementara itu, petisyen online yang dimulakan untuk menyokong Navarro sudah memperoleh lebih 7,000 tandatangan setakat ini. - Agensi

15 dibaca
Berita Harian X