Rabu, 3 Disember 2014 | 6:07pm
Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed Muhammad al-Tayeb.

Imam Besar Al-Azhar kutuk perbuatan jenayah IS

KAHERAH: Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed Muhammad al-Tayeb hari ini mengutuk 'jenayah tidak bertamadun' yang dilakukan kumpulan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.

Katanya, anggota militan terbabit bertindak atas nama agama Islam yang suci dan menggelar diri mereka 'Negara Islam' dalam cubaan untuk menyebarkan ajaran Islam yang palsu.

Sheikh al-Tayeb berkata demikian pada sidang antarabangsa mengenai keganasan yang berlangsung di ibu negara Mesir itu hari ini. - AFP

Berita Harian X