Isnin, 21 November 2016 | 1:58pm
JUARA Debat Perdana Diraja Gender (The Great Royal Gender Debate) 2016, kategori Bahasa Melayu, Nur Anisatul Ashikin Abd Rauf dan Muhamad Sgarulnizam Md Roni di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun (Belakang Lima Kiri) dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datuk Dr Mizan Hitam (tengah) bersama para pemenang Debat Perdana Diraja Gender (The Great Royal Gender Debate) 2016, ketegori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

UIAM, Universiti Taylors ungguli Debat Perdana Diraja Gender

GOMBAK: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) A dan Universiti Taylors A masing-masing dinobatkan sebagai johan Debat Perdana Diraja Gender (The Great Royal Gender Debate) 2016, bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, hari ini.

Pasukan debat UIAM A dan University Taylors A, masing-masing menerima wang tunai RM3,500 beserta piala pusingan, piala iringan serta sijil.

Nur Anisatul Ashikin Abd Rauf dari UIAM A dan Amrit Agastia dari Universiti Taylors A turut membawa menerima hadiah wang tunai RM600 dan piala selepas dinobatkan pendebat terbaik pusingan akhir bagi kategori masing-masing.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun yang juga merasmikan pertandingan debat berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UIAM merangkap Pengerusi Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Datuk Dr Mizan Hitam dan Pengarah Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW), Normalia Ibrahim.

Berita Harian X