Isnin, 21 November 2016 | 10:06pm
OPERASI mencari dan menyelamat dua lelaki berusia 25 dan 27 tahun yang sesat di Gunung Brinchang petang tadi. - Foto Ihsan Bomba

2 lelaki sesat di Gunung Brinchang ditemui selamat

CAMERON HIGHLANDS: Dua lelaki yang sesat ketika mendaki Gunung Brinchang di sini ditemui selamat pada jam 6.30 petang tadi.

Kedua-dua mangsa berusia 25 dan 27 tahun itu ditemui dalam keadaan keletihan selepas tersasar dari trek laluan mendaki gunung berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd Haziq Hazmi, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.32 petang.

Katanya, empat pegawai dan anggota bomba kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memulakan pencarian kedua-dua mangsa.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota memulakan pencarian dari puncak Gunung Brinchang hingga menuruni trek laluan di permulaan tangki air.

"Kedua-dua mangsa hanya ditemui kira-kira tiga jam kemudian dalam keadaan keletihan lebih kurang dua kilometer di bawah gaung," katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, anggota bomba bertindak memberikan air kepada mangsa bagi memulihkan tenaga sebelum membawa mereka keluar dengan selamat dan menghantar mereka ke hotel penginapan.

Operasi tamat pada jam 7.26 malam tadi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X