Rabu, 23 November 2016 | 12:57am

Mogok juruterbang kargo jejaskan penghantaran Amazon, DHL

WILMINGTON, Ohio: Mogok lebih 250 juruterbang syarikat penerbangan kargo di sini dijangka memberi kesan ketara kepada operasi penghantaran kiriman hadiah menjelang musim perayaan ini.

Mogok bermula pada Selasa dimulakan juruterbang ABX Air, yang mengendalikan penghantaran untuk Amazon dan DHL.

Mereka melakukan tunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat ABX di Wilmington dan hab DHL di Amerika Utara iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Cincinnati, Kentucky.

Syarikat induk penerbangan itu, Air Transport Services Group Inc memberitahu akhbar harian Dayton, pihaknya akan mendapatkan perintah mahkamah untuk memulihkan operasi seperti biasa sementara mengadakan perbincangan dengan kesatuan juruterbang terbabit.

Kumpulan juruterbang itu mendakwa syarikat penerbangan berkenaan kekurangan kakitangan sehingga mereka dipaksa bekerja pada hari cuti dan tidak dibayar gaji lebih masa seperti yang termaktub dalam kontrak. - AP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X