Rabu, 23 November 2016 | 5:43pm

Juruterbang Russia terbunuh nahas pesawat ringan di Nepal


BANDAR Pokhara.

KATHMANDU: Seorang juruterbang Russia terbunuh manakala wanita Kanada cedera apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di barat Nepal hari ini, lapor polis.

Pesawat itu terhempas sebaik sahaja berlepas dari sebuah pusat peranginan di kawasan pergunungan bandar Pokhara, kata Ketua Polis Daerah, Gajusiddhi Bajracharya.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital, bagaimanapun juruterbang itu mati ketika dirawat, manakala wanita berkenaan stabil," kata Bajracharya kepada AFP.

Pesawat ringan adalah pilihan utama pelancong yang ingin menikmati keindahan kawasan pergunungan Annapurna yang dilitupi salji di Pokhara. Bagaimanapun, kemalangan kemalangan kerap berlaku di situ.

Minggu lalu, serpihan pesawat ringan yang membawa juruterbang Russia dan pelancong Afrika Selatan yang hilang pada Oktober 2014 ditemui berhampiran Pokhara.

Pada 2013, seorang pelancong China dan juruterbang Nepal terbunuh apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di lereng bukit kawasan sama. - AFP

Berita Harian X