Jumaat, 25 November 2016 | 12:22pm
SEBAHAGIAN komputer bersama 15 salinan perisian cetak rompak yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di dua syarikat di Ipoh, dianggar bernilai RM219,000 pada sidang media di pejabat KPDNKK. - Foto Yahya Zainuddin

Barangan cetak rompak dari 2 syarikat dirampas

KETUA Seksyen Bekalan, Harga dan Anti Pencatutan KPDNKK negeri, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad, (dua kiri) menunjukkan komputer bersama 15 salinan perisian cetak rompak yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di dua syarikat di Ipoh, dianggar bernilai RM219,000 pada sidang media di pejabat KPDNKK. - Foto Yahya Zainuddin

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas enam komputer riba, dua komputer dan 15 salinan perisian cetak rompak dianggarkan bernilai RM219,000 dalam dua serbuan di dua syarikat di sini pada Selasa dan Rabu lalu.   

Difahamkan, kedua-dua syarikat iaitu syarikat kejuruteraan dan hiasan dalaman itu dikesan menggunakan perisian cetak rompak dalam operasi perniagaan mereka sejak kira-kira tiga tahun lalu. 

Ketua Seksyen Bekalan, Harga dan Anti Pencatutan KPDNKK Perak, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad, berkata serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan pemilik hak cipta perisian berkenaan. 

"Dua serbuan itu dilakukan di Bandar Baru Medan Ipoh dan Taman Canning serta menahan dua lelaki yang juga pengurus kedua-dua syarikat itu berusia lingkungan 40-an," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Ahrazuddin berkata, operasi itu dilakukan bagi membanteras tindakan syarikat menggunakan perisian cetak rompak sehingga membolehkan mereka mengaut keuntungan jutaan ringgit.  

Katanya, barangan syarikat terbabit dirampas untuk siasatan lanjut mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM20,000 bagi setiap satu salinan dan tidak kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Berita Harian X