Rabu, 30 November 2016 | 1:21pm

SAR ditangguh akibat hujan, laut bergelora

ANGGOTA RELA mengangkat mayat salah seorang dari empat mangsa kapal karam di Pulau Bruit yang ditemui di pesisir Kampung Salah Kechil, Pulau Bruit, kelmarin. - Foto Harun Yahya

DARO: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dua lagi kru kapal yang hilang selepas kapal dinaiki terbalik di perairan Pulau Bruit dekat sini, Sabtu lalu, ditangguh akibat hujan dan laut bergelora, sejak awal pagi tadi.

Ketua Operasi SAR, Inspektor Mohamad Fariz Ayub, berkata pihaknya tidak memberi pelepasan kepada anggota SAR kerana keadaan laut yang berbahaya kepada mereka.

"Saya dimaklumkan ombak mencecah tiga meter yang berbahaya kepada bot kecil," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Setakat ini, dua mayat sudah ditemui iaitu seorang warga tempatan, Abang Kamal Abang Awi dan warga Indonesia, Angga Wahyudi.

Operasi akan diteruskan untuk mencari dua lagi mangsa iaitu kapten kapal, Pawi anak Nyawan, 50-an dan seorang wanita dikenali sebagai Mira.

Berita Harian X