Jumaat, 2 Disember 2016 | 6:34am

Tarik generasi muda ceburi sektor pertanian

ISMAIL (tengah) bersama pengusaha nanas mineral, Zulkafli Saidin (kanan) menunjukkan nanas yang ditanam menggunakan tanah mineral pada pameran MAHA 2016 di MAEPS, Serdang, semalam. - Foto BERNAMA
ISMAIL (tengah) bersama pengusaha nanas mineral, Zulkafli Saidin (kanan) menunjukkan nanas yang ditanam menggunakan tanah mineral pada pameran MAHA 2016 di MAEPS, Serdang, semalam. - Foto BERNAMA

SERDANG: Bertemakan 'Makanan Kita, Masa Depan Kita', pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (MAHA 2016) yang berlangsung di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) bermula hari ini menampil pelbagai acara baharu bertujuan menarik generasi muda menceburi bidang pertanian.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar, berkata MAHA 2016 menjanjikan pelbagai kelainan dan pengalaman menarik untuk pengunjung.

"Tema 'Makanan Kita Masa Depan Kita' memberi gambaran betapa pentingnya pertanian untuk masa akan datang.

"Adalah menjadi keperluan generasi muda menceburi bidang ini bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin selepas 2050," katanya selepas lawatan media ke tapak pameran MAHA 2016.

5 kluster pameran dalaman

Ismail berkata, MAHA kali ini terbahagi kepada pameran dalaman yang mempunyai lima kluster

berbeza membabitkan AgroTourism, AgroIT, AgroTrade, AgroLife-style dan AgroYouth.

Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman pertanian secara hands-on di tujuh laman antaranya Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Herba dan Sayur serta Laman Florikultur dan Laman Jentera.

"Beberapa segmen baharu turut diperkenalkan tahun ini iaitu Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin untuk kanak-kanak manakala untuk orang muda dan belia diadakan tapak perkhemahan serta pesta muzik, Rhythm of the Farmers.

"Manakala segmen untuk orang dewasa dan usahawan kecil pula kita adakan Kampung Mak Cun yang membabitkan selebriti siri berkenaan," katanya.

Sementara itu, Erma Fatima berkata, perkampungan Mak Cun menyediakan peluang kepada 25 usahawan makanan mengembangkan perniagaan mereka.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X