Sabtu, 3 Disember 2016 | 12:02am

Aroma nasi ayam dalam periuk tanah

gn4id:17722826

PERNAHKAH makan beberapa menu nasi ayam yang dimasak dalam periuk tanah? Kedengaran seperti menarik, unik dan menyelerakan.

Anda boleh mencubanya sendiri jika makan angin di Johor dan singgah di Gerai Periuk Tanah di Kilang Bateri, Jalan Tampoi.

Bagi penduduk setempat, nasi ayam periuk tanah mungkin dianggap sebagai perkara biasa, tetapi penulis berasakan ia tetap sesuatu yang menarik.

Malahan, penulis mencuba sendiri nasi ayam cili padi yang dimasak dalam periuk. Rasanya sedap dan aromanya cukup menyelarakan.

Gerai Periuk Tanah ini turut menawarkan Nasi Ayam Lada Hitam, Nasi Ayam Paprik, Nasik Ayam Sambal dan Nasi Ayam Kunyit.

Rasa kelima-lima masakan nasi ayam yang disediakan dalam periuk tanah memang tidak mengecewakan berbanding nasi ayam biasa.

PELANGGAN sedang menikmati nasi ayam di gerai Periuk Tanah di Kilang Bateri, Jalan Tampoi. - Foto Saifullizan Tamadi
PELANGGAN sedang menikmati nasi ayam di gerai Periuk Tanah di Kilang Bateri, Jalan Tampoi. - Foto Saifullizan Tamadi

Ramai datang dari luar

Pemiliknya, Saidah Saif berkata, kelima-lima menu itu sering menjadi pilihan pengunjung bukan sahaja di sekitar Johor Bahru, malahan dari luar termasuk Singapura.

"Ini yang membuatkan semua meja di gerai ini sentiasa penuh hingga tengah malam.

"Ada yang terpaksa memesan untuk dibawa pulang sama ada makan di rumah atau hotel kerana tempat duduk di sini memang sentiasa penuh," katanya.

Saidah berkata, kebanyakan pelanggan yang datang ke gerainya bukan sahaja tertarik dengan nama periuk tanah tetapi mahu mencuba sendiri kelainannya berbanding nasi ayam yang dimasak mengikut cara biasa.

PEKERJA memasak nasi ayam menggunakan periuk tanah. - Foto Saifullizan Tamadi
PEKERJA memasak nasi ayam menggunakan periuk tanah. - Foto Saifullizan Tamadi

Pelanggan sanggup tunggu lama

Mungkin disebabkan keenakan nasi ayam yang dimasak dalam periuk tanah menyebabkan ada pelanggan sanggup menunggu sehingga 30 minit untuk menerima makanan yang dipesan.

Saidah berkata, selain nasi ayam periuk tanah, gerainya juga turut menyediakan makanan laut, mi kuali, laksa dan tomyam.

"Selain nasi ayam periuk tanah, ramai juga pelanggan yang menggemari nasi ayam goreng atau nasi goreng bersama ayam berlada, ayam cili padi atau nasi goreng ayam lada hitam," katanya lagi.

FAKTA NOMBOR
* RM7 - Sepinggan nasi goreng Ayam berlada, cili padi dan lada hitam
* RM6 - Setiap sepinggan nasi ayam periuk tanah
* RM5 - Semangkuk mi kari dan laksa

GERAI Periuk Tanah di Kilang Bateri, Jalan Tampoi. - Foto Saifullizan Tamadi
GERAI Periuk Tanah di Kilang Bateri, Jalan Tampoi. - Foto Saifullizan Tamadi

INFO: Gerai Periuk Tanah
Lokasi: Kilang Bateri, Jalan Tampoi, Johor
Waktu Operasi : 12pm - 12am
Menu Ditawarkan
* Nasi Ayam Paprik
* Nasi Ayam Lada Hitam (Blackpepper)
* Nasi Ayam Cili Padi
* Nasi Goreng Ayam Berlada
* Nasi Goreng Ayam Cili Padi
* Nasi Goreng Ayam bersama Lada Hitam.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X