Isnin, 5 Disember 2016 | 5:18pm

35 motosikal hangus terbakar


ANTARA motosikal di IKBN Kuala Langat yang rentung selepas terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat. - Foto ihsan pembaca

SHAH ALAM: Sebanyak 35 motosikal yang diletakkan di kawasan parkir motosikal Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kuala Langat, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Zailan Tasir, berkata kejadian disedari pengawal keselamatan IKBN pada kira-kira jam 11.30 malam tadi, sebelum menghubungi pihak bomba.

"Semua motosikal ini diletakkan di parkir berbumbung di tepi gelanggang tenis dan padang bola IKBN.

"Kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang melihat api marak, lalu menghubungi rakannya di pondok pengawal.

"Mereka cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal," katanya.

Zailan berkata, polis mengklasifikasikan kes sebagai perbuatan khianat dan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Berita Harian X